Wednesday, January 29, 2014

"Ku Sangka kan TETAMU, Rupanya PENCURI Di Siang Hari...!!!


Kejadian berlaku pada hari Minggu yang lepas 26hb jan2014(ahad). Selepas
menghantar Ibu Mertua pulang dari Klinik kerana Demam biasa. Seperti biasa bila
sampai di pintu Gate, wife akan turun membuka dan menutup rapat, tanpa ber-
kunci, pasal lapas ni kami akan pulang segera untuk menjemput anak
pulang dari sekolah (Maklum lah Ahad Jb hari sekolah biasa).

Sementara menunggu wife bersembang dengan kakak nya, Saya mengambil
angin di luar rumah. Sedang melayan pangilan tel, Tetiba Ada Tetamu dah
pun Masuk ke kawasan rumah, Tanpa Saya sedar bila masa di membuka 
Gate itu. Sangkaan saya Mungkin Penyewa rumah belakang Ibu Mertua ku,
Almaklum lah saya pun tak Cam, dua orang Bujang yg 
duduk menyewa di belakang rumah ibu mertua ku. Fikiran ku juga 
menyangka mungkin juga kawan si penyewa rumah, yang datang bertandang.



"Dengan selamba Memakai Helmet berseluar pendek, berjalan menuju
 ke arah saya, Saya cuma menunggu jika Tetamu ini memberi Salam
 pada saya yang sedang duduk di pintu rumah. Tiba-tiba dia cuma
berkata "Maaf Bang tumpang lalu, saya nk Ambil Barang...!!!" Ialah
saya pun silakan, sambil mengalihkan sedikit pintu Gril yang menghalang
laluan Antara Kereta saya dan pintu Gril yang terbuka sedikit.

Tanpa merasa Syak Wasangka, saya terus melayan hp yg berbunyi. Terasa
agak LAMA juga, Baru terdengar bunyi Motosikal nak keluar, saya cuma
bangun untuk menarik Gril yang menghalang laluan antara kereta & 
pintu gril rumah. Terasa belum sempat lagi saya menarik gril yang menghalang 
laluan itu, Motosikal tersebut terus sahaja melapasi nya. Dan saya rasa 
dia menungang seperti Terburu-buru, dan terus menunggang  melepasi Gate, sambil 
 memecut laju, dan saya Tertanya-tanya, kenapa keluar tak Tutup Pintu Gate...!!
Saya Memangil Ibu Mertua & bertanaya, Selalu ge Budak belakang
ini keluar di waktu ini, sedangkan masa itu baru dalam 11;45pgi. Saya juga tanya
pada Isteri saya adakah dia menutup semula Gate yg di buka tadi..., yub memang
di tutup rapat saja.



Saya serta Ibu Mertua Masih Ber Soal jawab, Tentang Sataus penyewa nya.
Sekarang ni kalau budak2 itu tak ade dalam rumah, memang Benar lah dia
yang  keluar. Sambil itu Ibu Mertua ku menyangkal, "Pada waktu begini budak-
budak tu Belum keluar pergi kerja. Kerana Mereka Semua bekerja Shift
Malam, dan kata nya lagi di waktu begini memang mereka masih Tidur
lagi. Sambil ber 'seru Eeeehh...!!! 'Seliper si Hapis ade tu...!! Saya dah
rasa 'Berderau... dalam hati sambil berkata, yang tadi tu PENCURI lah..
Untuk kepastian kali kedua, saya bertanya jugak lagi pada Isteri saya adakah
di Menutup pintu Gate tadi...? dan memang dia Menutp Rapat Pintu Gate
itu, Tetapi tak Mengunci nya. Saya bertanaya lagi pada Ibu Mertuaku serata
isteri, "Kalau penyewa rumah yang keluar tadi, dah tentu dia Tutup rapat
Kembali Pintu Gate tu...!!! Kenapa dia terus pergi & menunggang selaju-
laju nya...!!!
Sambil itu Ibu Mertua ku Terus memberi Salam pada penyewa nya dan
Mengetuk Pintu..., agak lama juga, baru lah di membuka pintu. 'Amat
Terkejut sekali, ke dua -dua penyewanya ADA di Rumah. Dan SAH
lah yang datang dan membawa pergi Motosikal itu adalah PENYAMUN
di "Siang Hari.
Si Hapis(mangsa) & rakan nya masih terpinga-pinga, al maklum baru bangun
tidur. Kebetulan pula dah menjadi kebiasan di orang ni tinggalkan Kunci 
   pada Motorsikal nya. Motorsikal Honda Merah kawan pun ada kunci masih terlekat
 pada motor nya. Kalau lah "Dua Orang yang datang, sudah Tentu Honda cup inipun di
Bawak Lari. Ape lagi memang senang lah kerja Penyamun itu. Ibu
Mertua ku pun kata, dah berkali-kali, berpesan agar kunci Motor nya 
jangan di tinggal kat situ saja, Tapi di budak2 tu kata Tak pelah lah, lagi pun
rumah ini Berpagar...!



Isteri ku Bersangka si Pencuri ni Tentu dah tahu yang budak-budak ni 
memang selalu tinggal kan Kunci pada Motorsikal nya. Kalau Tidak masakan
si Pencuri ini Begitu berani Masuk, walaupun pada waktu siang hari. Dan kebetulan
Ibu Mertua ku baru jugak selesai Mengupah Kontractor membina Tembok/pagar di
belakang rumah sewa itu, Dan Mungkin Ini lah 'INFORMER Utama pada Si Pencuri.

'Sungguh Kesal dalam Hati, kerana Kejadiaan itu Terjadi di Depan Mata saya
sendiri.. Tapi apa kan daya, Benda dah berlaku.

Moral nya; 
-Jangan ambil mudah Tetamu yang TIDAK di Kenali datang ke rumah.
-Sayangi Harta Benda Anda.
-Jenayah di mana-mana.

Ina Lilahi Wa in ilahi Rajeouun.




Wednesday, December 25, 2013

"Penyerahan Nissan Serena 2.0A Pada Pemilik Baru, En Din.


TAHNIAH dan Terimakasih, Di ucapkan pada En Din dari Ulu Tiram

Johor yang Telah Menerima Nissan Serena 2.0auto, nya pukul 5;30petang (19 dec 2013).

Maaf, ade kelewatan sedikit kerana ade masalah document dengan Public Bank.

Syukur akhir nya berjaya jua di serahkan, yang sepatutnya siap pada

minggu lepas. Dengar ceritanaya sebelum ini dia dah dapat  Model 

Nissan Serena ni, tapi kerana loan nya lambat lulus, Nissan Serena itu telah

di jual pada orang lain. Ye Memang, Benar Model Nissan Serena

ni AMAT Kurang di Pasaran sekarang.

Walauapepun Tahniah sekali lagi dan Syukur Alhamdulillah, Akhir nya

En Din berjaya juga Memiliki MPV Idaman.

 

Model; Nissan Serena 2.0Auto.

Kapasiti; 2.0auto

Tahun Di buat; 2004/05.

Warna; Silver Matelic.

 

 

Ucapan Terimakasih sekali lagi, Pada En. Din & Isteri kerana telah sudi 

Berurusan dengan "Najib Auto Trading. Dan Saya bagi pihak'

'NAT, Memohon Maaf sekali lagi atas kesulitan yang di hadapi, kerana kekurangan

itu datang Dari Saya sendiri.

Pihak kami juga Berbesar hati untuk Memberikan sedikit "Hadiah/Gift

Voucher Tinlted bernilai Rm200 serta Duit Petrol rm60, sebagai penghargaan

dari Syarikat Kami.

Terimakasih.


Wednesday, December 18, 2013

"Syukur Alhamdulillah, PERFECT SCORE A"


 Syukur Alhamdulillah, pada ALLAH swt, kerana memberikan Kejayaan
Cemerlang, pada Anakanda Bongsu kami, Aiman bin Mat Najib, dalam
Peperiksaan PMR2013 nya.


   
 Syabas & Tahniah juga di Ucapkan kepada semua GURU-GuRU yang
bertungkus-lumus Mendidik Anak Bangsa, sehingga Berjaya. "ku ber-SYUKUR,
 sangat2 pada mu ya Allah Kerana, Memakbulkan Doa kami semua." Aamiin...

  Fuuhh...!!! baru hilang rasa gementar, bukan saja Anak, Mak/Ayah pun turut
sama berdebar-debar. Agak Gerun juga apabila di umumkan hanya 6org saja
yang berjaya Mendapat Perfect Score 9A dalam aliran Bahasa Arab. Tetiba,
TERKAJUT nama Awal yang di Panggil pula, adalah AIMAN B.MAT NAJIB..,
terkedu sebentar, sambil mengucapkan rasa Syukur sangat2 atas ANUGERAH
ALLAH swt ini...

   

 Ingatan Untuk Anak, Yang Berjaya mahupun kurang berjaya... Tersukan Perjuangan Anda,
Kerana Perjalanan masih jauh. Kejayaan hari ini adalah BERKAT Kesunguhan, Kesabaran dan
Ketabahan dan Yang Paling Penting Sekali adalah "DOA dari IbuBapa, guru2 sekelian. Dan
pada yang Kurang berjaya, jadikan Kekurangan hari ini, Sebagai Pencetus "SEMANGAT
Baru untuk Terus Berusaha, Pepatah lama megatakan."USAHA TANGGA KEJAYAAN...,
In Sya ALLAH.

  Ape pun KEPUTUSAN, Cemerlang @ Kurang Cemerlang, Harap jadikan ini Sebagai satu
LANDASAN Untuk ANDA Meneruskan Ke HEBATAN' yang lebih TINGGI. Sebagai IBU/
BAPA kami Sentiasa Men 'DOAkan Kejayaan anak2 Semua supaya Terus Berjaya dalam
Peperiksaan SPM yang akan Datang.

  "Ya Allah, kau berikan lah KEJAYAAN pada ANAK2 Kami, Samada Di duinia mahu pun
Di Akhirat, Kurniakan lah KAMI Anak2 yang Soleh & Salihah, Permudahkan lah Urusan
Mereka...., Aamiin ya rabal Alamin.
In Sya Allah...




Saturday, November 16, 2013

"Penyerahan H.Jazz Pada Pemilik Baru, En Samsir Bin Sulam.

                                                                       

 TAHNIAH dan Terimakasih, Di ucapkan pada En Samsir Bin Sulam dari Batu Pahat

Johor yang Telah Menerima Honda Jazz 1.5Vtec nya pukul 6;petang (13nov2013).

Maaf, ade kelewatan sedikit kerana pada tengahari tersebut Jpj System Shoutdown

di sebabkan kerja-kerja penyelengaraan. Mujur hanya sebentar saja, dan Honda Jazz

nya selamat melalui Inspection serta Assignment number "Plate Baru.

 

   Syukur Alhamdulillah juga, kerana number Pendaftran JPS 4478 yang di Pinta oleh 

Isterinya masih ade lagi dalam senarai Jpj. Mudah-mudah han, segala Impin selama ini

telah Tercapi hendak nya. Memang dah lama katanya mencari Jazz 1.5Vtec ni, ape

kan daya Model Jazz Vtec ni memang Terhad. Apatah lagi Honda Jazz ini masih

lagi 1 Pemilik dan ianya "Impot terpakai dari Mutiara Motor. Memang dah seperti

Kenderaan BARU' dengan number pendaftraan TERKINI, pasti orang kata 'Kereta Baru.

Harapan saya, En Samsir dan Isteri sangat-sangat ber Puas Hati dengan

kenderaan baru nya, In Sya Allah.

                                 

            Model ; Honda Jazz 1.5Auto Vtec.

Kapasiti ; 1.5cc

             Tahun Di buat; 2003/04

           No. Plate; JPS 4478.

         Warna; Solid white.

                                      

 

  Ucapan Terimakasih sekali lagi, pada En Samsir & Isteri keran telah sudi 

berurusan dengan "Najib Auto Trading. Dan Saya bagi pihak 'NAT, Memohon 

Maaf sekali lagi atas kesulitan yang di hadapi, kerana Kekurangan itu datang

 nya Dari saya sendiri.

  Pihak kami juga Berbesar hati untuk menyampaikan sedikit "Hadiah/Gift 

Voucher Tinlted bernilai rm200 serta Duit Petrol rm60, sebagai penghargaan 

dari Syarikat Kami.

Terimakasih.

               

                                

      

   

Wednesday, November 13, 2013

"Lampu Yang Ke Kuningan Bersinar Kembali.




Sepertimana yang kita ketahui, ramai yang mengalami Masalah Lampu
Kenderan Hadapan, KeKuningan selepas beberapa Ketika, atau satu-
satu jangka masa tertentu. Tidak kira kenderaan Baru mahu pun Terpakai.

Seperti manusia, Kita pun mahukan Kenderaan kita kelihatan seperti baru 
sepanjang Masa,  Bagi saya lah, View pertama yang selalu saya 
perhatikan adalah Lampu Hadapan sesuatu kenderaan itu. Ia nya ibarat
"Mata Manusia. Mood datang dari kaca mata/lampu hadapan tersebut.
Kita akan merasakan, kenderaan tersebut, terlalu Usang dengan usia nya
Jika Lampu hadapan nya kekuningan atau pun dah Kabur.

Ade beberapa Faktor, yang menyebakan seperti keadaan cuaca,atau
kenderaan tersebut sering terdedah di bawah sinar matahari. Ke dua
faktor  Meterial lampu tersebut. Di mana, masa kini kebanyakaan lampu-
lampu depan kenderaan, di perbuat dari Plastic. Kadang kala kereta ber-
jenama seperti Merc, Bmw pun kebanyakan Lampu hadapan adalah di-
perbuat dari Plastic. Syrikat berjenama ini berkemungkinan ingin me-
gurangkan Cost. Tetapi kesan nya akan jelas di lihat selepas 2,3tahun
usia kenderaan tersebut. Jika anda membeli kereta secondhand, selalu
nya lampu yang kekuningan ini akan di Polish Terlebih dahulu. Dan
Masalah Kekuningan ini akan datang semula, mungkin selepas 3atau
6bulan.

Saya pun mengalami masalah Tersebut. Dan Terasa seperti kereta saya
itu dah terlalu Buruk, dari usia sebenar. Bermacam-macam Jenis polish
yang di gunakan dan hasil nya Kurang Memuaskan. Walaupun kesan
kekuningan tersebut berkurangan, tetapi dalam Jangka masa 2 atau 3
bulan kemudian ia nya kembali seperti asal. Persoalan nya sampai bila
kita sanggup nak Polis
h saja, letih dan letih rasanya.  Kadang-kadang
teras jelous juga jika berselisih dengan kereta yang "Mata nya Bersinar-
sinar seperti baru. Dan trend terkini, sudah kelihatan dah ade bermacam-
macam warna, seperti ke biru-biruan, ke merah-merahan dan sebagai-
nya. Ade juga kedai Accessories yang mengunakan Tilted yang ber-
warna warni.

Sehinga lah satu hari kebetulan saya nak menghantar kereta custmer di-
salah sebuah Panel Workshop Kereta-kereta import di Uda Johor, saya
melihat bagaimana Sebuah Toyota Alphard yang dah teruk keadaan lampu
nya, Pulih bersinar semula setelah Di "Spray. Prosesnya sama sebagaimana
untuk mengecat sebuah kederan. Lampu yang kekuningan tadi di Gosok
terlebih dahulu dengan Kertas Pasir yang paling halus gred nya.Kemudian
di spray seperti kerja-kerja  mengecat yang lain. Tapi Anda harus ingat
tidak semua Workshop boleh melakukan nya. Terkedu sebentar bila saya
bertanya berapa Cost untuk memulihkan nya, iaitu sekitar Rm350 untuk
sepasang lampu, wauuuu...!!! Dari situ saya mula mencari Wrokshop lain
yang boleh melakukan nya.

Akhir nya sebuah Workshop di Pandan telah berjaya Mengbalikan Wajah
Toyota Wish saya seperti Baru, dengan Cost yang paling Minimum. Dah
Bos kedai itu menunjukan saya sendiri Material yang di namakan "Aikka
Colour Lens. Rupa-rupa nya ade bermacam-macam warna yang anda
boleh pilih. Saya pilih warna asal saja. takut kalau warna lain, nanti si Jpj
sakit "Mata pula.

Ooohh... nak tahu berapa Cost yang di kena pada T.wish saya...? boleh
hubungi saya terus, murah sangat-sangat, jika di bandingkan dengan
Workshop sebelum nya. Saya tak kenakan Caj tambahan, saya akan bawa
anda terus ke Workshop tersebut....! Saya sekadar ingin membantu
menyelesaikan Masalah Anda, 

In Sya Allah..



Tuesday, November 5, 2013

"Penyerahan Proton Satria Gti Pada Pemilik Baru.

                                                               

           Tahniah, pada Faiez Bin Mohd Kudus, yang telah Menerima Kereta Impian
nya, Satria Gti 1.8Maanual DOHC, pada hari Isnin 4hb nov 2013. Terimakasih
jua pada Ibu & Ayah nya, Cikgu Mohd Kudus dan Isteri yang telah bersusah payah 
datang Dari Kedah ke johor bahru semata-mata untuk Meraliasiakan Impian Anak nya.

          Di Sini salah satu contoh, Pengorbanan Seorang Ibubapa yang bukan saja
berkorban Masa & Tenaga, sanggup datang dari jauh semata-mata untuk Membelikan
sebuah Kereta bagi kemudahan pengajian anak Kesayangan nya. Tujuan asal nya
adalah untuk Satria Gti tahun2001. Tapi apakan daya setelah ibubapa nya sampai di 
kedai tersebut, Gti sudah pun di jual. Memang Faiez Bernasib baik kerana telah 
menghubungi Saya pada malam itu, kerana Gti tahun1999 masih available lagi.

          Sekali lagi, Faiez & ibubapa nya, Hampir Berputh mata kerana Budget nya 
tersaar.dari harga sebenar. Kerana budget "CASH hanya bawah rm20k saja yang 
di persetujui  oleh Ayah nya. Dan setelah berbincang seketika dengan Big Bos pun, 
nampaknya tiada persetujuan, maka mereka pun berlalu pergi.

          Tapi kata orang, "Kalau dah jodoh, tak ke mane...!! tiba-tiba bos menawarkan
"HARGA RUGI JUAL...!! pada nya serta menawarkan seperti harga yang di minta.
Saya rasa harga itu sangat-sangat berpatutan & penting sekali di harap Faiez dan 
keluarga Berpuas hati dengan Gti Tersebut.
          Itulah dalam bisnes terkadang kita Terpaksa menerima kenyataan bahawa 
REZEKI dah DATANG dan Jangan Sekali-kali di tolak.



         Model   ; Proton Satria Gti 1.8Manual DOHC.
         Tahun    ; 1999
         Plate no; JFN5258
         Warna  ; Silver Matelic.

         Ucapan Terimakasih sekali lagi kepada Faiez dan Keluarga kerana sudi 
ber urusan dengan "Najib Auto Trading. Harapan serta "Misi Kami adalah menjadikan 
NAT,  Bermanafaat untuk Menyelesaikan masalah pengangkutan Anda. Dan jika ada
kekurangan, datang nya dari Saya sendiri dan Saya memohon Ampun & Maaf.

      Pihak Kami juga Berbesar Hati untuk menyampaikan sedikit Hadiah/Gift Voucher
Tinlted bernilai rm200 serta Duit petrol Rm60, sebagai penghargaan dari Syarikat
Kami.

Terimakasih.


Pengorbanan Ibu Bapa.



     "Berkorban ape saja.... Ungkapan yang selalu di dengar, juga menjadi Tajuk
lagu satu masa Dahulu. Demi Kasih sayang seseorang Ibu Bapa sanggup ber-
korban ape saja "Demi Anak Tercinta...!

      Ape yang Saya ingin kongsikan di Sini ialah bagaimana seorang Ibubapa
sedaya upaya berusaha mendapatkan "Sebuah Kenderaan untuk Anak yang 
sedang Belajar di Institusi-instutisi Pengajian Tinggi. Demi kemudahan pergi dan
balik ke Kuliah. Kereta Menjadi satu keperluan di kala ini, jika di bandingkan
semasa zaman kita belajar dulu. Ade juga pelajar yang menunggang Motosikal,
Tapi Risiko Motosikal lebih Tinggi, jika di bandingkan dengan Kereta.

     So demi keselamatan anak-anak, Ibu/Bapa sanggup/merelakan kereta
kancil,kelisa, yang selalu di guna untuk hantar anak ke sekolah atau ke pasar, di
gunakan anak-anak yang belajar di Ipt-ipt. ITU, jika Ada kereta ke Dua yang boleh
di serah kan. Dan jika tiada...? Terpaksa mencari Kereta yang lain dan bersesuaian
dengan Budget mereka. Sangat Beruntung Anak-anak kerana ada Ibu/bapa ber-
susah payah membeli secara Tunai. Dan ade pula yang terpaksa membuat pinjaman
bank.

       Pengorbanan bukan setakat membelikan kenderaan Terpakai, ade Juga,
 Ibu/bapa yang sanggup membeli "Kereta BARU untuk anak2 nya. Ape pun daya
usah yang di lakukan oleh Ibu/bapa, adalah demi anak Tercinta untuk mencapai
cita-cita nya.

       Secara automatik Cost perbelanjaan anak ini akan bertambah. Kalau dulu
mungkin hanya menggunakan pengangkutan Awam, kini Minyak kereta perlu di
isi. Jika dalam kawasan Ipt mungikn dekat sahaja. Tapi jika yang Menyewa di
luar, kena lah pandai-pandai Budeget sendiri. Pada yang cerdik mungkin boleh
berkongsi 3 atau 4 orang untuk berkongsi duit Minyak. Dan memang patut pun
mereka Saling Bantu Membantu. Itu belum lagi duit sewa rumah, duit api air, duit
makan dan sebagai nya.

       Pengalaman saya masa belajar dan tinggal di Rumah Sewa dahulu, sangat-
sangat penting se isi rumah itu Sepakat dalam apa jua cost/perbelanjan tadi. So
apa yang saya serta rakan dulu lakukan adalah duit "Tabungan Rumah yang di
kutip setiap Minggu atau Bulan demi menampung duit Dapur, Dan kami adakan
Jadual/roster bertugas setiap hari untuk Memasak serta Membeli barang dapur.
Ini sedikit sebanyak dapat menjimat kan perbelanjaan masing-masing. Ada juga
kalangan pelajar yang tak berminat, hari-hari makan kat luar, tak pelah kalau
ibu/bapa 'Loded.

Itu masa saya bujang-bujang dulu lah.. kami ade dalam 10orang dalam rumah
tersebut. Walau pun datang dari negeri yang berbeza, tapi kita masih boleh ber-
kerjasama demi untuk menuntut Ilmu. Masa itu kita semua cuma ade Motor Kap
cai je.. ade pun seorang kawan tu pakai mini cooper lama, tapi selalu sja brake-
down.

       Jadi ape yang saya lihat sekarang Ibu/bapa memang Sanggup "Berkorban
Ape saja. Kalau dulu Ayah belikan kita Sebuah Basikal pun dah tak boleh
tidur malam. Kini apa lagi, "KERETA dah jadi satu keperluan dan bukan lagi
Kemewahan. Dan masih segar dalam ingatan, Arwah Ibu ade berpesan kalau
ade kereta nanti, jangan Selalu Bawak Awek, nanti Accident...! ha,ha, tak caya
cuba... nanti keta dah masuk Workshop, baru tahu... he.


      "Bila dah Brakedown, Ini Yang di Katakan PATAH KAKI....!!!

  Ooop baru pagi tadi hantar anak ke bus stop Larkin, dan Naik bas ke Kuantan
untuk Presentation Job Traning nya... muka sedih saja, kerana Kereta kesayangan
nya. masuk Workshop. Memang seorang Ibu/Ayah sangat-sangat faham tapi
apa kan daya kereta dah Rosak...! Pening juga memikirkan untuk Meminjam
dengan adik beradik lain Atau menyewa kereta, Tapi Syukur Alhamdulillah, mungkin
ini dugaan Allah swt, untuk kita Terus Bersuyukur dengan Rahmat nya, bahawa
ade lagi altenetive lain untuk di usaha kan. Alaaah.., tak pe lah mungkin ade Hikmah
sesekali naik Bas, & dapat merasakan, "ape orang kata, patah kaki...! he,he. So
bila kereta itu dah pulih, Hargai lah ia, sangat2  Berjasa membawa kamu ke mana
saja.

       Kepada Anak-anak yang sedang Belajar Ingat lah Betapa BESAR nya pen-
gorbanan Seorang Ibu & Ayah...! Kelak bila kamu dah berjaya," Bukan wang Ringgit
Yang di Minta, Hanyalah Mengharap KASIH SAYANG seorang Anak pada Orang
 Tua nya.

In Sya Allah, Aamiin...