"Berkorban ape saja.... Ungkapan yang selalu di dengar, juga menjadi Tajuk
lagu satu masa Dahulu. Demi Kasih sayang seseorang Ibu Bapa sanggup ber-
korban ape saja "Demi Anak Tercinta...!
Ape yang Saya ingin kongsikan di Sini ialah bagaimana seorang Ibubapa
sedaya upaya berusaha mendapatkan "Sebuah Kenderaan untuk Anak yang
sedang Belajar di Institusi-instutisi Pengajian Tinggi. Demi kemudahan pergi dan
balik ke Kuliah. Kereta Menjadi satu keperluan di kala ini, jika di bandingkan
semasa zaman kita belajar dulu. Ade juga pelajar yang menunggang Motosikal,
Tapi Risiko Motosikal lebih Tinggi, jika di bandingkan dengan Kereta.
So demi keselamatan anak-anak, Ibu/Bapa sanggup/merelakan kereta
kancil,kelisa, yang selalu di guna untuk hantar anak ke sekolah atau ke pasar, di
gunakan anak-anak yang belajar di Ipt-ipt. ITU, jika Ada kereta ke Dua yang boleh
di serah kan. Dan jika tiada...? Terpaksa mencari Kereta yang lain dan bersesuaian
dengan Budget mereka. Sangat Beruntung Anak-anak kerana ada Ibu/bapa ber-
susah payah membeli secara Tunai. Dan ade pula yang terpaksa membuat pinjaman
bank.
Pengorbanan bukan setakat membelikan kenderaan Terpakai, ade Juga,
Ibu/bapa yang sanggup membeli "Kereta BARU untuk anak2 nya. Ape pun daya
usah yang di lakukan oleh Ibu/bapa, adalah demi anak Tercinta untuk mencapai
cita-cita nya.
Secara automatik Cost perbelanjaan anak ini akan bertambah. Kalau dulu
mungkin hanya menggunakan pengangkutan Awam, kini Minyak kereta perlu di
isi. Jika dalam kawasan Ipt mungikn dekat sahaja. Tapi jika yang Menyewa di
luar, kena lah pandai-pandai Budeget sendiri. Pada yang cerdik mungkin boleh
berkongsi 3 atau 4 orang untuk berkongsi duit Minyak. Dan memang patut pun
mereka Saling Bantu Membantu. Itu belum lagi duit sewa rumah, duit api air, duit
makan dan sebagai nya.
Pengalaman saya masa belajar dan tinggal di Rumah Sewa dahulu, sangat-
sangat penting se isi rumah itu Sepakat dalam apa jua cost/perbelanjan tadi. So
apa yang saya serta rakan dulu lakukan adalah duit "Tabungan Rumah yang di
kutip setiap Minggu atau Bulan demi menampung duit Dapur, Dan kami adakan
Jadual/roster bertugas setiap hari untuk Memasak serta Membeli barang dapur.
Ini sedikit sebanyak dapat menjimat kan perbelanjaan masing-masing. Ada juga
kalangan pelajar yang tak berminat, hari-hari makan kat luar, tak pelah kalau
ibu/bapa 'Loded.
Itu masa saya bujang-bujang dulu lah.. kami ade dalam 10orang dalam rumah
tersebut. Walau pun datang dari negeri yang berbeza, tapi kita masih boleh ber-
kerjasama demi untuk menuntut Ilmu. Masa itu kita semua cuma ade Motor Kap
cai je.. ade pun seorang kawan tu pakai mini cooper lama, tapi selalu sja brake-
down.
Jadi ape yang saya lihat sekarang Ibu/bapa memang Sanggup "Berkorban
Ape saja. Kalau dulu Ayah belikan kita Sebuah Basikal pun dah tak boleh
tidur malam. Kini apa lagi, "KERETA dah jadi satu keperluan dan bukan lagi
Kemewahan. Dan masih segar dalam ingatan, Arwah Ibu ade berpesan kalau
ade kereta nanti, jangan Selalu Bawak Awek, nanti Accident...! ha,ha, tak caya
cuba... nanti keta dah masuk Workshop, baru tahu... he.
"Bila dah Brakedown, Ini Yang di Katakan PATAH KAKI....!!!
Ooop baru pagi tadi hantar anak ke bus stop Larkin, dan Naik bas ke Kuantan
untuk Presentation Job Traning nya... muka sedih saja, kerana Kereta kesayangan
nya. masuk Workshop. Memang seorang Ibu/Ayah sangat-sangat faham tapi
apa kan daya kereta dah Rosak...! Pening juga memikirkan untuk Meminjam
dengan adik beradik lain Atau menyewa kereta, Tapi Syukur Alhamdulillah, mungkin
ini dugaan Allah swt, untuk kita Terus Bersuyukur dengan Rahmat nya, bahawa
ade lagi altenetive lain untuk di usaha kan. Alaaah.., tak pe lah mungkin ade Hikmah
sesekali naik Bas, & dapat merasakan, "ape orang kata, patah kaki...! he,he. So
bila kereta itu dah pulih, Hargai lah ia, sangat2 Berjasa membawa kamu ke mana
saja.
Kepada Anak-anak yang sedang Belajar Ingat lah Betapa BESAR nya pen-
gorbanan Seorang Ibu & Ayah...! Kelak bila kamu dah berjaya," Bukan wang Ringgit
Yang di Minta, Hanyalah Mengharap KASIH SAYANG seorang Anak pada Orang
Tua nya.
In Sya Allah, Aamiin...
No comments:
Post a Comment