Wednesday, January 29, 2014

"Ku Sangka kan TETAMU, Rupanya PENCURI Di Siang Hari...!!!


Kejadian berlaku pada hari Minggu yang lepas 26hb jan2014(ahad). Selepas
menghantar Ibu Mertua pulang dari Klinik kerana Demam biasa. Seperti biasa bila
sampai di pintu Gate, wife akan turun membuka dan menutup rapat, tanpa ber-
kunci, pasal lapas ni kami akan pulang segera untuk menjemput anak
pulang dari sekolah (Maklum lah Ahad Jb hari sekolah biasa).

Sementara menunggu wife bersembang dengan kakak nya, Saya mengambil
angin di luar rumah. Sedang melayan pangilan tel, Tetiba Ada Tetamu dah
pun Masuk ke kawasan rumah, Tanpa Saya sedar bila masa di membuka 
Gate itu. Sangkaan saya Mungkin Penyewa rumah belakang Ibu Mertua ku,
Almaklum lah saya pun tak Cam, dua orang Bujang yg 
duduk menyewa di belakang rumah ibu mertua ku. Fikiran ku juga 
menyangka mungkin juga kawan si penyewa rumah, yang datang bertandang.



"Dengan selamba Memakai Helmet berseluar pendek, berjalan menuju
 ke arah saya, Saya cuma menunggu jika Tetamu ini memberi Salam
 pada saya yang sedang duduk di pintu rumah. Tiba-tiba dia cuma
berkata "Maaf Bang tumpang lalu, saya nk Ambil Barang...!!!" Ialah
saya pun silakan, sambil mengalihkan sedikit pintu Gril yang menghalang
laluan Antara Kereta saya dan pintu Gril yang terbuka sedikit.

Tanpa merasa Syak Wasangka, saya terus melayan hp yg berbunyi. Terasa
agak LAMA juga, Baru terdengar bunyi Motosikal nak keluar, saya cuma
bangun untuk menarik Gril yang menghalang laluan antara kereta & 
pintu gril rumah. Terasa belum sempat lagi saya menarik gril yang menghalang 
laluan itu, Motosikal tersebut terus sahaja melapasi nya. Dan saya rasa 
dia menungang seperti Terburu-buru, dan terus menunggang  melepasi Gate, sambil 
 memecut laju, dan saya Tertanya-tanya, kenapa keluar tak Tutup Pintu Gate...!!
Saya Memangil Ibu Mertua & bertanaya, Selalu ge Budak belakang
ini keluar di waktu ini, sedangkan masa itu baru dalam 11;45pgi. Saya juga tanya
pada Isteri saya adakah dia menutup semula Gate yg di buka tadi..., yub memang
di tutup rapat saja.



Saya serta Ibu Mertua Masih Ber Soal jawab, Tentang Sataus penyewa nya.
Sekarang ni kalau budak2 itu tak ade dalam rumah, memang Benar lah dia
yang  keluar. Sambil itu Ibu Mertua ku menyangkal, "Pada waktu begini budak-
budak tu Belum keluar pergi kerja. Kerana Mereka Semua bekerja Shift
Malam, dan kata nya lagi di waktu begini memang mereka masih Tidur
lagi. Sambil ber 'seru Eeeehh...!!! 'Seliper si Hapis ade tu...!! Saya dah
rasa 'Berderau... dalam hati sambil berkata, yang tadi tu PENCURI lah..
Untuk kepastian kali kedua, saya bertanya jugak lagi pada Isteri saya adakah
di Menutup pintu Gate tadi...? dan memang dia Menutp Rapat Pintu Gate
itu, Tetapi tak Mengunci nya. Saya bertanaya lagi pada Ibu Mertuaku serata
isteri, "Kalau penyewa rumah yang keluar tadi, dah tentu dia Tutup rapat
Kembali Pintu Gate tu...!!! Kenapa dia terus pergi & menunggang selaju-
laju nya...!!!
Sambil itu Ibu Mertua ku Terus memberi Salam pada penyewa nya dan
Mengetuk Pintu..., agak lama juga, baru lah di membuka pintu. 'Amat
Terkejut sekali, ke dua -dua penyewanya ADA di Rumah. Dan SAH
lah yang datang dan membawa pergi Motosikal itu adalah PENYAMUN
di "Siang Hari.
Si Hapis(mangsa) & rakan nya masih terpinga-pinga, al maklum baru bangun
tidur. Kebetulan pula dah menjadi kebiasan di orang ni tinggalkan Kunci 
   pada Motorsikal nya. Motorsikal Honda Merah kawan pun ada kunci masih terlekat
 pada motor nya. Kalau lah "Dua Orang yang datang, sudah Tentu Honda cup inipun di
Bawak Lari. Ape lagi memang senang lah kerja Penyamun itu. Ibu
Mertua ku pun kata, dah berkali-kali, berpesan agar kunci Motor nya 
jangan di tinggal kat situ saja, Tapi di budak2 tu kata Tak pelah lah, lagi pun
rumah ini Berpagar...!



Isteri ku Bersangka si Pencuri ni Tentu dah tahu yang budak-budak ni 
memang selalu tinggal kan Kunci pada Motorsikal nya. Kalau Tidak masakan
si Pencuri ini Begitu berani Masuk, walaupun pada waktu siang hari. Dan kebetulan
Ibu Mertua ku baru jugak selesai Mengupah Kontractor membina Tembok/pagar di
belakang rumah sewa itu, Dan Mungkin Ini lah 'INFORMER Utama pada Si Pencuri.

'Sungguh Kesal dalam Hati, kerana Kejadiaan itu Terjadi di Depan Mata saya
sendiri.. Tapi apa kan daya, Benda dah berlaku.

Moral nya; 
-Jangan ambil mudah Tetamu yang TIDAK di Kenali datang ke rumah.
-Sayangi Harta Benda Anda.
-Jenayah di mana-mana.

Ina Lilahi Wa in ilahi Rajeouun.